AWUS036NHR

Apakah nama alatan ini?
Alat ini dipanggil Network Wireless usb adapter untuk mencari dan menarik isyarat wireless hotspot yang jauh. Alat ini mampu mencapai jarak mengesan WiFi melebihi 1 km sekiranya membuat pemasangan tambahan dengan peralatan lain seperti antena luar rumah.

Ada beraneka jenis antenna yang boleh dinaik taraf untuk mendapatkan jarak gelombang WiFi yang lebih jauh dan stabil. Alfa Network mempunyai pelbagai jenis antenna yang dibuat daripada bahan berkualiti tinggi. Antara antena yang boleh di beli secara berasingan adalah berkuasa 7dbi, 9dbi, 12dbi, 15dbi, 19dbi dan 24dbi. Antenna mempunyai dua jenis iaitu antenna di dalam rumah dan luar rumah yang kalis cuaca. Pelanggan boleh memilih untuk membeli jenis Omni atau direction antenna (Jenis fokus). material dibuat dari bahan berbeza-beza. Ada yang diperbuat dari komposit gentian kaca.


Standard antenna untuk wifi adapter Alfa adalah 5dBi, walaupun 5dbi tetapi kestabilan dah bagus.


Grid antenna 24dbi
RM280



Fiber glass omni outdoor antenna. Panjang 1.5 meter
RM240



Alfa Panel Antenna 19dBi
RM240
Apakah Kegunaan alatan ini?
Alat ini ibarat portable iaitu alat mudah alih dan kecil, ia boleh dibawa kemana-mana bersama laptop dan disambung pada usb port. Adapter WiFi ini boleh mencari isyarat wifi hotspot sehingga dalam lingkungan 1km (5dbi antenna asal) jarak jika dipancarkan dikawasan terbuka. Ini bermakna kekuatan adapter in adalah 10 kali ganda dari adapter WiFi asal laptop. Jika anda di dalam rumah, kemungkinan jarak mencari akan berkurangan kerana gelombang WiFi ditapis oleh dinding dan pokok-pokok kayu diluar rumah.
Adapter WiFi ini juga boleh dijadikan sebagai pengganti pada adapter WiFi asal laptop anda yang rosak.

Dengan alat ini anda dapat membuat penjimatan dengan membuat sambungan pada isyarat WiFi dari luar rumah anda dari jarak jauh. Anda dapat menikmati internet free dengan menumpang WiFi hotspot yang dibekalkan kerajaan seperti internet kampung 1 malaysia, pusat-pusat komuniti, MCD, KFC, kopitiam atau kedai-kedai mamat. Biasanya mereka membuka laluan pada WiFi ini untuk digunakan (open Wifi)

Jika anda berada di kopitiam jangan gunakan alat ini untuk streaming dan memuat turun file, ini kerana kuasa adapter ini akan menarik keseluruhan isyarat dari WiFi router dan meninggalkan pelanggan lain tanpa isyarat dan gangguan untuk melayari web. Bayangkan nak buka google pun 30 saat.


Saya tengok harga usb wireless adapter ni mahal, Kenapa?
ok, saya jelaskan di sini. Harga yang saya tawarkan adalah mengikut harga pasaran semasa produk Alfa Network. Barangan Alfa terkenal dengan kualiti dan prestasi yang tinggi. Apa yang anda bayar adalah prestasi dan kualiti. Jenama ini juga menjadi pilihan banyak pengguna dan peralihan pengguna dari brand cap ayam dari China. Kenapa mereka memilih brand ini. kerana mereka sudah sedar mereka telah ditipu dengan iklan 48dbi, 2km, 5km, 8km. bahkan link isyarat adapter WiFi itu sangat teruk. bila streaming buffering memanjang kerana tidak mendapat isyarat dengan stabil daripada WiFi router.

Alfa Network juga amat menitik beratkan kesihatan pengguna produknya untuk jangka masa panjang. Produknya mematuhi piawai antarabangsa untuk kawalan gelombang dan radiasi. Anda perlu berhati-hati menggunakan barangan network cap ayam dari China kerana mereka tidak mematuhi kawalan radiasi gelombang yang dibenarkan. Kesan jangka panjang anda akan mengalami migrain yang teruk atau penyakit lain. 


Adakah barangan WiFi network yang dibekalkan anda tulen?
Semestinya kerana barangan Alfa ini saya perolehi dari pembekal yang dilantik khas oleh syarikat Alfa Network dari Taiwan. Barangan adalah 100% tulen kerana mempunyai pelekat anti ciplak dan siri nombor yang tulen. Buat masa sekarang Pembeli kena berhati-hati kerana wujud barangan buatan dari negara China yang meniru paten Alfa Network. Kualiti amat jauh berbeza dari segi prestasi dan mutu barangan. 


Pelekat anti ciplak Alfa Network

Model Wifi Adapter manakah Yang Sentiasa Menjadi Pilihan Pengguna?
Model Alfa AWUS036NHR adalah model yang paling terbaru dikalangan Alfa Network. Model ini menjadi pilihan pengguna kerana isyarat yang disedut dari WiFi router amat stabil, model NHR akan mendapatkan link quality paling terbaik walaupun mendapat isyarat yang tidak kuat dan jauh dari WiFi router. NHR menggunakan cipset terbaru dari realtek (RTL8188RU)yang menyokong sambungan 802.11b/g/n signal sehingga berkelajuan 150mbps.
Contohnya dengan menggunakan model NHR, sekiranya anda mendapat hanya 3 bar isyarat wifi dari router. Selepas sambungan dibuat isyarat akan berubah menjadi bar penuh. Begitulah hebatnya model NHR. Itu belum di naik taraf lagi ke antena yang lebih berkuasa seperti 9dbi, 12dbi, 15dbi,19dbi dan 24dbi.

Setahu saya 24dbi jenis grid antenna paling kuat. jenis antenna kalis cuaca dan diletakkan di luar rumah seperti di atas bumbung. Ramai pengguna kena kencing dengan produk China yang mengatakan wifi adapternya berkuasa 48dbi jenis antenna dalam rumah.

Setiap model-model Adapter WiFi ALFA mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, Bergantung pada pelanggan mahu membeli yang mana.








Pakej Di Dalam Kotak.

AWUS036NHR v2 x1
Mount x1
Clip x1
Suck x1
Alfa Original Y Cable x1
Installation cd
original antenna 5dBi x1

RM140 RM140




combo set special price RM220 RM180 [Promosi] 
1-Sekotak adapter AWUS036NHR v2 x1
2-magnetbase x1
3-antenna 9dBi 40cm panjang x1

Info magnetbase boleh dijadikan
antenna outdoor bergerak dan meningkatkn lagi
radius gelombong capaian wifi adapter anda sehingga
Jarak 1.5-2.0km di kawasan terbuka. Membantu mendapat link quality paling terbaik


Berminat hubungi saya!


✆ 014-823 3461 Whatsapp Hizmi
email: exofx@yahoo.com

Pembayaran boleh dibuat melalui.


Penghantaran melalui.


Jika tidak mahu berurusan secara pos anda boleh datang dan ambil sendiri di Paka, Dungun, Terengganu.


TESTIMONI PENGGUNA


Quote:
Originally Posted by Ujang4u View Post
Dah terima jap tadi.
1) Alfa R36
2) Awuso36NHR

Test Awuso36NHR dulu.Nampaknya lebih hebat dari signal lain yg pernah aku guna sebelum nie...
Walaupun byk pokok (Kawasan Felda).Line leh dapat full.
Terbaikkkk dari ladang....


Quote:
Originally Posted by TheMrBinary View Post
NHR terbaik!

Quote:
Originally Posted by myrayyan View Post
yg penting tgk link quality aje..signal tu belakang kira..ni pengalaman aku dh pki smpi 4jenis antena..latest bro alfa booster punye..mmg brand alfa ni terbaik sgt2
Quote:
Originally Posted by Syracusex View Post
bump untuk tuan tanah. ya, yang terbaik adalah model ALFA AWUS036 NHR. boleh tengok comparison yang telah dibuat. aku pakai ALFA AWUS036 NHR, dan setakat ni memang terbaik. 
Quote:
Originally Posted by Poseidon™ View Post
Dulu masa pakai Laptop wifi adapter lemah je, nak detect signal pun lemah, hanya dapat 2-3 je signal.

Dengan penggunaan Wifi booster Alfa ni, berpuluh-puluh signal dapat dikesan, siap boleh access wifi free yang dibekalkan kerajaan.. Seingat pakai brand lain tak sepower Alfa 





Semasa memakai wifi laptop-------------------------->Selepas memakai Alfa wifi booster.




Terima Kasih Pada Pembeli 
POSLAJU TRACKING NUMBER 










1 ulasan:

  1. Untuk testimoni penjualan dan rating kami dengan pelanggan anda boleh ke link ini. Pesanan anda dijamin selamat sampai ke tangan anda.

    http://www.facebook.com/alfawifiadapter

    http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=387130

    BalasPadam